Tuesday, August 23, 2011

officially

first of all i would like to say sorry sebab banyak soalan mcm "kau dapat mana?, ehh tjay sambung mana?,upu macam mana?" dan sewaktu dengannnyaaa tidak dijawab oleh akuu. bukannya apa tapi aku sedikit frust dengan result UPU tuu. sekarang aku nak bthu korg untuk sesiapa yang tak tahu lagi.


untuk UPU aku telah ditawarkan ke UMT untuk pengajian Pengurusan Polisi dan Sekitaran Sosial. dahhh tahu kannn? tapi sayangnya aku tak pergi sana, ishishh! "eh, kenapa tak pergi pulak?", "sayangnya tak pergi", "kenapa dapat u tuu, kau pilih ke?". dan untuk semua soalan tuu sememangnya aku tak pilih langsung untuk UPU tuu. apa gila aku niee kalau benda macam tu nak bawak mainmain. masa depan aku kottt. n jujur aku bthu 2 hari berturut turut aku menangis mengenangkan nasib, cehhhh HAHA. sampai tak pergi kerja kot. dahsyat tak dahsyat.


bila dah tahu aku tak pergi terengganu sana mesti korang tertanya tanya pulak mana aku nak pergi kann? Haaaaaa, untuk pengetahuan korang aku akan sambung dekat swasta. kenapa?? sila jangan tanya okayyy.



Wednesday, August 17, 2011

setelah sekian lama

salam untuk semua.
hahaha, kelakar pulak rasanya tapi blog nie dah memang bersawang habis dahh.
rasa rindu pulak nak kongsi cerita nie haa.
next entry aku kongsi dengan korang yeee :)

Tuesday, March 22, 2011

perginya kasih seorang IBU !

20 March 2011 pukul 6.30 pagi hari ahad , umi call . dengan suara teresak esak umi bthu kat aku yang kakak sedara aku baru lepas meninggal dunia . INNALILLAH . semoga Allah merahmati hidupmu dan tempatkannya dikalangan orang orang yang beriman .

lepas umi bthu aku tak stop pikir pasal anak2 kakak sedara aku tu . Ya Allah , kenapa kau uji mereka yang masih kecil dengan ujian besar sebegini ? aku tak abes pikir pasal dorang . kesian sangat . bayangkan anak dia paling besar form 2 and yang paling kecik 5 bulan . still susu bada
n . sayu hati aku tengok gambar arwah dengan anak2 lagi2 gambar yang baby tu .

aku terkilan sebab tak sempat jumpa arwah . dia pergi dengan masa yang sangat cepat . aku pesan kat anak sulung dia .

" mira , jaga adik adik elok elok . jangan susahkan ayah . tolong ayah jaga adik adik . banyak doakan untuk ibu lepas solat n bila bila masa je . even ibu da pergi jauh , tapi ingat ! ib
u sentiasa tengok korang dari atas sana sebab nak tengok anak anak ibu tu semua berjaya . "

menitik air mata aku masa bagi pesan kat mira tu . sebak teramat . macam mana agknya dorang yang baru nak kenal erti hidup tu hadapi semua nie . seorang ayah pulak nak kena jaga 5 orang anak dia dengan sendiri tanpa kehadiran si isteri . tapi bila aku pikir balik , Allah takkan uji hambanya sekiranya melebihi batas kemampuan mereka . aku percaya dorang mesti boleh hadapi semua nie . in
syaAllah .




baby yang baru nak merasai kasih sayang ibu dia . AIRA SAYANG , nanti maklong tolong tengokkan aira ye . ibu dah pergi menemui pencipta kita sayang . Aira doa untuk ibu banyak banyak ye . ;') sebak aku tengok muka baby nie weyh . tiap kali aku tengok , runtut hati aku sebab mengenangkan baby sekecik nie tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya . tapi insyaAllah , mungkin dia akan dapat perhatian lebih daripada kami sekeluarga walaupun dia hanya anak kepada sepupu aku . <3



wajah seorang ibu yang bersusah payah melahirkan 5 orang anak . dalam gambar nie anak arwah yang ke 4 . eryn nama dia . menitik lagi air mata aku . lagi2 bila baca komen kat fb . memang terasa sangat kehilangannya walaupun dia bukan saudara rapat aku . akak , cepat benar akak pergi tinggalkan ktorang semua . tapi takdir da tentukan akak pergi menghadap Ilahi terlebih dulu . semoga rohmu aman di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman . sesungguhnya hatimu sungguh mulia kak . moga kita berjumpa di akhirat kelak begitu juga dengan anak anak akak . insyaAllah . ~


p/s : aku cuba untuk tolong anak anak arwah sampai dorang berjaya . ;'(

Friday, February 4, 2011

aku paling benci dengan manusia yang suka nak TUDUH SESUKA HATI DIA !


salam . hye korang . tengok tajuk macam bengang je kann . mmg gua tgh bengang gila dan marah yang membuak buak . panas je larh kan bila orang nak tuduh sesuka hati dia . amboii amboii ! pandai2 kau je ye . aku teraniaya kau tau . ish ish ! aku tak paham betul manusia zaman sekarang nie . kejadian berlaku di fs . weyhhh ! aku bukan pemes larh kau nak kondem bagai kan . Ya Allah , sabar je larh .




kronologi :-
1. anonymous tanya soalan kat someone yang aku follow aka budak cantik dan soalan anonymous tu mmg bangang
2. aku smile tapi BUKAN untuk SOALAN bangang tu tapi untuk JAWAPAN yang diberi oleh budak cantik tu
3. tetibe pagi tadi dapat soalan nie dari anonymous yang sangat BAGUS nie
4. orang yang tuduh aku tanya soalan dkt budak cantik yang dapat soalan bangang tadi
5. anonymous BAGUS tu hantar balik kat aku


macam tu larh yang jadi sebenarnya . masa dpt soalan anonymous tu aku macam "what the f**k kau nie . sakit mental eh ". dia plak yang nak tolong gelabah untuk budak cantik tu apehal ??!!@@##@# . tengok manusia sekarang . dengki mendengki satu , tuduh menuduh lagi . adoyaii ! ntah2 dia yang tanya soalan bangang kat budak cantik tu . masalah negara oh ! macam mana kau nak maju kalau perangai kau macam tu ?? orang orang macam kau nie larh yang merosakkan nama negara . kau nie sibuk nak jaga tepi kain orang tapi cuba kau tengok kain kau tu haa terselak larh , terkoyak rabak semua . ada hati nak jaga orang punya . cettt !

p/s : moral of the story , jangan suka tuduh orang eh . pesanan nie aku nasihat sekali untuk diri aku . kita kan insan yang sering lupa dan alpa . benda nie pun cara tak langsung mengajar seseorang menjadi lebih bersabar dan fikir lebih matang ;))

Sunday, January 16, 2011

AWESOME !!!

Assalamualaikum w.b.t

kes kejadian : picnic , celebarate birthday , berjalan jalan , bermain hujan , menonton wayang
tarikh kejadian : 15/01/2011
masa kejadian : 10.30 pagi - 06.00 petang
tempat kejadian : taman KLCC , fahreneheit 88 , pavilion

birthday cake*thanx ieka

there you are birthday girls ! <3

macaroni , bihun , pie , cake . yummyyyy !!

gelojoh nak makan nak cakap . haishh ! tak senonoh

eja ckp ngn chepah*we miss u a lot

shamy ( tgh jalan ) merajuk sbb takde sapa nak snap gmbr dia .
hahaha . tipu je ;p

mereka tersangat gojesss <3

i love u princess ! muuaahhh ;p

all of us ! ;DD

my sexy ladies ;))

heading to fahrenheit 88

pavi wei pavi !! hahaha*batak tak tentu pasal

kami lagi yeahhh ! <3

kdg2 she's my inspiration ;))

the boots are made for walking . haha














Monday, January 10, 2011

sekarang minggu exam .
sekarang jugak tengah ulser dekat lidah dan itu sangat sakit .
=________="

Thursday, December 30, 2010

new year upcoming !



heyy semua . aku malas sbnrnya nak mengupdate blog nie . tapi tak sangka larh plak kan ada gak pembaca setia yg nak baca blog aku nie . *thanx fhad * . sbnrnya aku makin kematu duduk dalam bilik nie dgn ntah apa apa entertainment . hari hari abes kelas bukak locker , on laptop , click document , pilih file games n maen larh aku game hari hari . tu larh kan kesian kehidupan terkurung mcm nie . nak memekak mekak ada plak yg membengkak nnti . yelarh aku kan budak kolej lagi . so kena larh behave like college student yang perangai saling tak tumpah macam student skolah . omegod ! ohhh peliissss larh .


okayy larh memandangkan 2010 pun nak menutup tirai mereka , around big applause to 2010 kerana berjaya bagi aku macam macam pengalaman . and let us welcome 2011 . moh kita bwat wishlist for upcoming 2011 .


Top 15 wishlist


1. nak abes matrix cepat cepat dgn pointer 3.7 and above , insyaAllah
2 . continue degree dlm accounting *nak gilagila
3. menambah baik lagi skill memasak *nak jadi surirumah berkebolehan nanti
4. nak celebrate 17/2 dgn penuh gilang gemilang
5. cari cara utk membantu meningkatkan kewangan
6. kumpul kasut banyakbanyak punya ;))
7. nak loss weight bykbyk . peliiisssss eh !
8. puasa sunat every senin n kemis
9. merajinkan lagi diri menjadi perempuan solehah
10. bantu adikadik sehingga mereka berjaya upsr , pmr , spm 2011
11. tukar imej menjadi yang lebih elegant
12. tak nak cari buah hati pengarang jantung lagi *boleh ke
13. menjadi ikon terhebat bwat sang pujangga adikadik
14. nak bukak dobi sendiri *apa jenis wish kau nie
15. menjadi lebih matang mengatasi apa jua rintangan yang mendatang , cewaahhh !



alamak ! da 31 dis 2010 larh . nasib baek sempat bwat wishlist nie . emm , lagi aku nak ckp psal final aff suzuki cup plak . seperti yang diketahui memang malaysia da menang larh kan final ari tu . so tahniah utk anda . muslim ahmad , u mmg defender terbaik punya . khairul fahmi , tangan u gila kencang larh kan . mcm ada gam melekat . haha . tahniah tahniah ! terus dan kekalkan corak permainan seperti final hari tu *walaupun tak bagus mana tapi cemerlang larh . wa cakap sama lu wa jatuh hati woo sama itu muslim ahmad . HAHAHA . tara tipu punya *bongok*




terer tak dia ?? ;p *gedik sebulu kau*

haa ! nie dia ;))



pesan aku kepada team harimau malaya nie , jangan lupa diri . selalu larh mengrefreshkan diri anda sentiasa . kemenangan tu mungkin sekelip mata je boleh ditarik balik oh . uishh !! janganjangan . beringat ye awak awak semua . 2011 bakal muncul so , awak awak bwat larh harapan yang lebih besar utk membanggakan lagi nama malaysia ye . K . Rajagobal , congratulations ! bawa jauh lagi nama Malaysia . MALAYSIA BOLEH !!!


okayy sudah habis masa aku utk berkarang di sini . mata aku esok pagi paling koman pun jadi panda =.=' . nasib kelas takde gara gara Malaysia menang bola . fuhh ~ selamat kuiz bisnes aku . da larh tak baca lagi . next week da tentu2 ada plak kuiz tu kan . haisshh ! haa da larh . poning palo nak mikir benda kejadah nie utk si fhad tu . Kau fhad kalau tak suruh mmg aku tak bwat ape larh dgn blog nie . haha . jam menunjukkan 1:51 a.m pada tarikh 31/12/2010 . esok 1/1/2011 . YEAY !! mmg best larh kan sambut new year kat arau perlis nie . aku nak tgk ada tak mercun meletop letop kat perlis nie .